Hong Kong bertuah kerana mempunyai tarikan dan tempat persiaran yang popular di seluruh wilayahnya. Anda akan dapati banyak perkara yang hendak dilihat dan dilakukan di Pulau Hong Kong, Kowloon dan Wilayah Baru. Anda juga boleh menaiki feri dan meneroka kepulauannya.
Sepuluh tarikan terbaik disenaraikan untuk rujukan para pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat pemandangan indah seperti Pelabuhan Victoria, di mana anda boleh menyaksikan persembahan menakjubkan seperti Simponi Cahaya pada jam 8 setiap malam. Maklumat lanjut mengenai Kebudayaan dan Warisan, Senibina dan kawasan ‘Hijau’ boleh didapati di lamanweb bahasa Inggeris antarabangsa.
Selain daripada 20 tempat paling menarik, terdapat banyak lagi tarikan serta muzium di Pulau Hong Kong, Kowloon, Wilayah Baru dan Kepulauan yang boleh didapati di lamanweb bahasa Inggeris. Apa yang anda cari di Hong Kong, anda akan terus menemuinya melalui Peta Tempat Tarikan ini yang mempunyai pautan terus kepada gambar dan keterangan mengenai apa yang anda mahu lihat dan lakukan di Hong Kong.