Speak now

Speak now


I’m Sorry. I didn’t get that.

I’m Sorry. I didn’t get that.

6 tempat makan halal terbaik di Hong Kong

  • Ditulis oleh Have Halal Will Travel
Ngong Ping 360

Kredit@Ngong Ping 360

Agama Islam telah bertapak di Hong Kong selama lebih daripada 175 tahun dan umat Islam di bandar ini datang dari pelbagai latar belakang. Ini bermakna pilihan anda tidak terhad kepada masakan halal Kantonis, tetapi anda juga boleh menikmati hidangan Cina serantau yang lain bersama-sama dengan masakan Timur Tengah, Mediterranean dan Indonesia. Sebagai alternatif, terdapat juga banyak kafe vegetarian dan vegan, restoran Buddha dan India.

Makanan Cina Halal di Pulau Hong Kong

1. Kantin Pusat Islam

Kantin Pusat Islam dibuka pada tahun 1981 dan terletak di tingkat 5 masjid dan pusat Islam untuk masyarakat tempatan di sini (sila berpakaian dengan sesuai). Anda boleh mengambil lif atau menaiki tangga untuk meningkatkan selera anda, di mana anda akan bertemu dengan salah satu meja bulat yang klasik. Dibuka dari waktu sarapan pagi hingga makan malam, sila datang awal dan elakkan daripada tiba selepas jam 2:30 petang untuk menikmati pilihan dim sum yang lebih baik, yang selalunya akan habis pada jam 3 petang. Tempat ini terkenal sebagai‘satu-satunya tempat untuk masakan Kantonis halal di dalam bandar’. Anda boleh memesan mana-mana dim sum yang anda suka (pulut kukus dengan ayam di dalam daun teratai sangat disyorkan) bersama-sama dengan nasi, mi atau hidangan goreng Kantonis.

Sila ambil perhatian bahawa restoran ini dikhaskan untuk orang Islam sahaja dari hari Jumaat hingga Ahad, serta pada cuti umum.

2. LockCha Tea House

LockCha Tea House

LockCha Tea House ialah tempat menarik di mana anda boleh merasai ketenangan di tengah-tengah bandar yang sibuk sambil menikmati dim sum vegetarian yang baru dibuat daripada menu mereka yang kecil. Menghidupkan kebangkitan budaya kedai teh gaya Kantonis yang tradisional, di LockCha, anda seolah-olah mengasingkan diri anda dari dunia sementara, di samping kemungkinan menikmati alunan muzik Cina secara langsung jika anda datang semasa waktu minum petang pada hari Ahad (4:30–6:30 petang).

3. Wai Kee

Wai Kee ialah sebuah permata yang tersembunyi di dalam pusat makanan tempatan. Ramai orang mengatakan bahawa lawatan ke Hong Kong tidak sempurna tanpa merasai itik panggang di tempat ini. Masuk di tingkat aras jalan kemudian naik lif atau tangga ke pusat makanan di tingkat satu. Pesan itik panggang mereka yang popular bersama nasi atau mi. Kari kambing mereka yang lembut juga tidak akan mengecewakan anda.

4. Warung Malang

Warung Malang

Singgah ke Warung Malang yang serba sederhana ini jika anda ingin menikmati pengalaman makan yang berbeza daripada masakan Cina tempatan. Pekerja dari Indonesia berduyun-duyun ke kedai ini kerana menunya yang asli dan segar. Daripada sate kepada hidangan berasaskan sup (soto, rawon); pelbagai jenis snek dan pencuci mulut yang berwarna-warni, Warung Malang tidak akan mengecewakan anda.

Makanan Cina Halal di Kowloon, Tsim Sha Tsui, Mong Kok

5. Islam Food

Islam Food ialah restoran yang mempunyai sejarah lama bermula pada 1950-an apabila pemiliknya Encik Ma menjual roti daging, ladu goreng dan minuman soya masin. Penghargaan diberikan kepada Encik Ma yang belajar cara memasak kari Pakistan semasa bekerja di Balai Polis No.7 di Sheung Wan bersama pegawai polis beragama Islam pada tahun 1930-an. Atas usaha beliau ini, kita kini dapat menikmati kari yang lazat ini di Hong Kong.

Popularitinya dalam kalangan penduduk tempatan terbukti dengan pelbagai anugerah makanan tempatan yang telah diraih. Hidangan istimewa mereka mungkin kelihatan sama seperti restoran Cina Halal yang lain (seperti gulai anak lembu dan kari daging kambing), tetapi sup panas & masam dan hidangan sejuk (daging batang pinang berempah, perut babat, tendon, ayam, obor-obor dan lidah lembu) mungkin juga menarik bagi penggemar makanan yang suka mencuba sesuatu yang luar biasa. Pastikan anda juga mencuba xiao long bau (ladu daging lembu kukus). Restoran ini mempunyai dua cawangan.

Makanan halal lain di Tsim Sha Tsui

6. Istanbul Kebab

Istanbul Kebab menjemput anda ke restoran yang kecil tetapi selesa. Di sini, anda akan menjamu selera dengan pelbagai jenis kebab yang diperap dengan sempurna dari Adana ke Istanbul. Selain kebab, restoran ini juga menyajikan hidangan Turki klasik yang mempesonakan, seperti kubis sumbat, daun anggur sumbat dan terung sumbat. Keinginan anda untuk merasai masakan Mediterranean tercapai di Istanbul Kebab.


Kandungan disediakan oleh Halaltrip. Maklumat dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Sila hubungi pembekal produk atau perkhidmatan yang berkaitan untuk sebarang pertanyaan.

Lembaga Pelancongan Hong Kong menafikan sebarang liabiliti terhadap kualiti atau kesesuaian untuk tujuan produk dan perkhidmatan pihak ketiga; dan tidak menjadi wakil atau menjamin ketepatan, kecukupan atau kebolehpercayaan sebarang maklumat yang terkandung di sini.


You may also be interested in…

{{post.type}}

{{post.title}}

{{post.date}}

We use cookies to ensure that we give you the best experience on our website, to understand your interests and provide personalized content to you as further set out in our Cookie Policy here. If you accept the use of cookies on our website, please indicate your acceptance by clicking the "I accept" button. You may manage your cookies settings at any time.